Abdul Hadi dedah kenapa orang Islam berpecah

Moderator, Saiful Nizam dan Abdul Hadi pada Pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkraf, Shah Alam malam tadi.
Moderator, Saiful Nizam dan Abdul Hadi pada Pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkraf, Shah Alam malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Mutakhir ini orang Islam berpecah kerana (mereka) meninggalkan ajaran Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi. Personaliti TV, Saiful Nizam Ismail bertindak sebagai moderator.

Abdul Hadi berkata, ia berbeza dengan kegagalan agama lain iaitu kegagalan ideologi ciptaan manusia kerana kelemahan agama dan kelemahan ideologi itu.

“Ada pun Islam kerana orang Islam meninggalkan ajaran Islam. Ini perlu dikaji melalui ajaran Islam itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi menegaskan bahawa perpaduan adalah perintah ALLAH SWT yang disebut dalam tiap-tiap rakaat solat, Rabil Alamin, Tuhan yang mencipta seluruh alam termasuk alam manusia yang ditugaskan secara khusus di muka bumi untuk mentadbir bumi dengan petunjuk-Nya.

“Selain itu, perpaduan itu juga adalah naluri manusia mengikut ketetapan ALLAH SAW berdalilkan dalam ayat-ayat khusus dalam surah al-Hujurat yang disebut tadi yang banyak memberi penekanan dalam aspek perpaduan ini,” katanya.

Beliau berkata, Islam menganjurkan perpaduan manusia, selain perpaduan umat Islam itu sendiri.

“Bertakaruf itu bermakna bermasyarakat madani mengikut naluri dan fitrahnya. Manusia tidak mungkin hidup bersendirian, mesti berkeluarga dan bermasyarakat untuk memakmurkan bumi ini dengan cara ketetapan ALLAH SWT menjadi keperluan kehidupan manusia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!