Cara jaga kecantikan menurut perspektif Islam
CANTIK terlalu subjektif untuk diperdebatkan kerana setiap orang punya pandangan yang berbeza mengenainya.
Ada yang kata cantik itu berdasarkan wajahnya tiada cacat cela.
Tidak kurang juga melihat aspek cantik dalam diri seseorang termasuk akhlaknya.
Apakah pandangan Islam mengenai perkara itu dan bagaimana cara menjaga kecantikan berkenaan?
Tip Sinar Islam kali ini mengetengahkan cara menjaga kecantikan menurut Islam.
Menurut pendakwah Ustazah Hamidah Ab Razak (Dai Hamidah), konsep kecantikan harus terkawal mengikut syarak:
1. Tidak boleh merosakkan ciptaan ALLAH yang semula jadi.
2. Tidak mendatangkan kemudaratan pada kemudian hari.
3. Tidak mengandungi kandungan yang syubhah atau haram.
4. Tidak melibatkan unsur-unsur pemujaan syaitan untuk menghiasi kecantikannya.
5. Islam menekankan kecantikan semula jadi dan dihiasi dengan kesederhanaan tanpa tabarruj, mengubah suai ciptaan ALLAH SWT dan paling besar dalam kecantikan adalah kebersihan.
Menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood, kecantikan terbahagi kepada:
1. Kecantikan dalaman
- Melibatkan kecantikan akhlak dan budi pekerti.
- Amalan ibadah yang dibuat termasuk juga amanah dan tanggungjawab yang dilaksanakan juga menjadi kayu ukur kecantikan dalaman seseorang.
2. Kecantikan luaran
- Merujuk kepada penampilan kecantikan yang perlu dipelihara agar kita dapat membatasi perkara yang boleh dilihat oleh mereka yang dibenarkan Islam.
(ARTIKEL BERKAITAN: Definisi cantik, tampan dari perspektif Islam)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!