Bacaan sungai utama di Kelantan beransur normal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun tiada butiran hujan yang lebat dicatatkan untuk beberapa jajahan di negeri ini namun mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih lagi berjumlah lebih 13,000 orang.

Sehingga jam 8.30 pagi tadi, mangsa banjir di negeri ini adalah seramai 13,776 orang melibatkan 5,084 keluarga yang ditempatkan di 64 buah PPS di kawasan yang terlibat.

Sehingga jam 8 pagi tadi, hanya dua sungai yang masih lagi melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 10.33 (bahaya 9.00) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, 3.25 (bahaya 2.50).

Manakala Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai dan di Tambatan D'Raja kembali kepada paras normal termasuklah juga Sungai Golok di Jenob dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.

Hanya Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard yang masih lagi berada di paras berjaga-jaga iaitu 12.21 (12.00).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!