'Hujan bunga' di Bentong

'Hujan bunga' di sekitar Hospital Bentong dan Gurdwara Sahib Bentong menarik perhatian orang ramai.
'Hujan bunga' di sekitar Hospital Bentong dan Gurdwara Sahib Bentong menarik perhatian orang ramai.
A
A
A

BENTONG - Penduduk di sekitar bandar Bentong di sini dikejutkan dengan 'hujan bunga' semalam.

Kejadian selama kira-kira 20 minit bermula jam 9.30 pagi itu menyebabkan kawasan berhampiran Hospital Bentong dan Gurdwara Sahib Bentong termasuklah atas kereta yang diletakkan berhampiran dipenuhi bunga berwarna-warni.

Orang ramai termasuk kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermandi 'hujan bunga' yang pertama kali berlaku di daerah itu.

Orang ramai yang teruja melihat bunga yang berwarna-warni ditabur dari udara.
Orang ramai yang teruja melihat bunga yang berwarna-warni ditabur dari udara.

Seorang penduduk dikenali sebagai Woo berkata, dia keluar dari sebuah premis perniagaan selepas melihat ramai orang berkumpul di luar sambil mengambil gambar.

"Saya lihat ramai orang berbilang kaum termasuk kanak-kanak begitu teruja bermain bunga dan ini kali pertama melihat kejadian 'hujan bunga'," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gudhwara Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh berkata, 'hujan bunga' berkenaan adalah inisiatif pihaknya sempena perayaan memperingati Sri Guru Nanak Devji ke 550 di Gurdwara Sahib Bentong, Pahang.

Katanya, sebanyak 100kg bunga pelbagai warna ditabur dari udara menggunakan sebuah helikopter yang disewa khas.

Artikel Berkaitan:

Bunga-bunga yang digunakan untuk sambutan tersebut.
Bunga-bunga yang digunakan untuk sambutan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!