Wakil Chin Tong buat laporan polis terhadap Raja Petra

Izmil (kiri) menunjukkan laporan polis di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Izmil (kiri) menunjukkan laporan polis di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil Timbalan Menteri Pertahanan telah membuat laporan polis terhadap penulisan Raja Petra Kamaruddin di sebuah portal berita yang mendakwa tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng adalah perancangan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Pegawai Media, Timbalan Menteri Pertahanan, Izmil Amri Ismail berkata, penulis blog itu telah membuat tuduhan fitnah terhadap Chin Tong.

"Kemungkinan tindakan saman sivil akan dipertimbangkan selepas perbincangan bersama peguam," katanya pada sidang media selepas hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, tadi.

Izmil Amri berkata, Chin Tong tidak pernah membuat sebarang komen tentang isu abu mayat Chin Peng.

"Fitnah ini bertujuan untuk mengalihkan tumpuan umum kepada isu lain retail pembentangan Kertas Putih Pertahanan serta kes perbicaraan salah guna kuasa melibatkan dua bekas menteri pertahanan di mahkamah," katanya.

Media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

ARTIKEL BERKAITAN Abu Chin Peng: Tujuh saksi dirakam percakapan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!