Polis Selangor sahkan KBSJ Shah Alam meninggal di Istanbul

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Zawary Mahadi, 53, meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Istanbul, Turki malam tadi.

Difahamkan, Allahyarham Zawary dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 malam tadi waktu Malaysia ketika masih dalam tempoh bercuti bersama keluarganya yang mengikut trip pelancongan ke lapan negara sejak 23 November lalu.

Allahyarham dikatakan pergi bercuti bersama isteri, tiga anak dan seorang cucu dan sepatutnya pulang ke tanah air esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pengurusan IPD Shah Alam akan membantu urusan untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia.

Menurutnya, punca kematian Allahyarham masih belum dapat dipastikan dan pihak keluarga masih menunggu pengesahan hospital.

“Difahamkan pada 3 Disember (semalam) arwah didapati tidak sihat dan tidak mengikuti rombongan untuk melawat bandar Istanbul sebaliknya arwah berehat di bilik hotel.

“Apabila keluarga tiba di bilik hotel didapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!