Ajal dihempap jengkaut

Anggota bomba ketika sedang berusaha mengeluarkan mangsa selepas dihempap jentera berat berkenaan.
Anggota bomba ketika sedang berusaha mengeluarkan mangsa selepas dihempap jentera berat berkenaan.
A
A
A

SEGAMAT - Seorang lelaki maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di Padang Ragut Peta Temalik, Jalan Tengah, Kampung Tenang di sini petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II, Sharfini Nasar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.27 petang dan tujuh anggota dengan bantuan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, difahamkan ketika kejadian mangsa berusia 42 tahun sedang melakukan kerja-kerja pembersihan padang ragut.

“Ketika tiba di lokasi, didapati sebuah jengkaut telah terbalik dan menghempap pemandunya.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunkan 'air lifting bag' (beg pengangkat menggunakan udara),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sharfini berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.56 petang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!