Tangki kumbahan roboh: Angka korban meningkat sembilan orang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

HANGZHOU - Angka korban dalam kejadian tangki kumbahan roboh di sebuah kilang percetakan dan pencelupan di wilayah Zhejiang timur China meningkat kepada sembilan orang, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.35 petang semalam di Haining Longzhou Printing & Dyeing Co. Ltd. di bandar Haining.

Jurucakap kerajaan perbandaran berkata, empat mangsa yang cedera parah kini dirawat di hospital.

Lebih 500 anggota penyelamat dan 30 kenderaan terbabit dalam misi mencari dan menyelamat.

Berikutan itu juga kerajaan tempatan melancarkan pelan kecemasan untuk mengatasi pencemaran dan memantau kualiti air sungai berhampiran lokasi kejadian.

Punca kejadian sedang disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!