'Zahid memang jutawan sebelum sertai kerajaan'- Annuar Musa

Seorang saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang semalam mendedahkan Ahmad Zahid membayar cukai jalan lebih RM35,000 setahun bagi kenderaan yang kebanyakannya mewah.
Seorang saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang semalam mendedahkan Ahmad Zahid membayar cukai jalan lebih RM35,000 setahun bagi kenderaan yang kebanyakannya mewah.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan isu kenderaan membabitkan nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana Presiden UMNO itu adalah seorang jutawan sebelum menyertai kerajaan.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, setahunya terdapat beberapa motosikal besar dan kenderaan pernah dihadiahkan oleh seorang sultan kepada Ahmad Zahid.

"Tidakkah sebelum menyertai kerajaan lebih 25 tahun dulu, beliau sudah pun ahli korporat dan multimilionaire?" katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Twitter, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Syahredzan Johan yang menyenaraikan semula kenderaan mewah milik Ahmad Zahid.

Perkara itu ekoran keterangan seorang saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang semalam mendedahkan Ahmad Zahid membayar cukai jalan lebih RM35,000 setahun bagi kenderaan yang kebanyakannya mewah.

Saksi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu juga mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan mempunyai 18 kenderaan mewah yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38.

ARTIKEL BERKAITAN Zahid, isteri miliki 18 kenderaan mewah

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!