Sepatutnya imej karikatur: Adun Jeram

Tular gambar sumbangan beg sekolah yang disumbangkan Adun Jeram di sekolah dalam Dun Jeram.
Tular gambar sumbangan beg sekolah yang disumbangkan Adun Jeram di sekolah dalam Dun Jeram.
A
A
A

JERAM - "Asalnya 1,000 beg yang ditempah khas dari China ini nak guna gambar karikatur tapi tak sangka pengilang guna gambar sebenar saya," demikian penjelasan Mohd Shaid Rosli.

Adun Jeram itu menegaskan, bukan niatnya untuk meraih populariti atau sebaliknya, tetapi tempahan yang dibuat berlainan seperti yang dijanjikan.

"Bila beg yang ditempah dah sampai sini, saya terkejut juga beg berupa begitu tapi saya teruskan saja pemberian beg ini untuk semua murid di SJKT dan SJKC Dun Jeram.

"Memang sudah niat saya nak buat kelainan dan bantu ringankan beban melalui sumbangan beg sekolah ini malah bukan satu jenayah pun kalau ada tampal muka pemimpin," katanya.

No Image Caption

Selain beg sekolah katanya, Bendahari Bersatu Selangor itu turut menempah t-shirt untuk murid sekolah rendah sebagai tanda ingatan.

"Lagipun saya buat ni atas inisiatif sendiri untuk manfaat anak penduduk di Dun Jeram. Agihan sumbangan ini masih diteruskan di sekolah secara berperingkat.

"Jika ada orang tular atau sebagainya, saya ambil maklum juga sebab ada orang 'tweet' sampai ke KJ tapi bagi saya semua itu hanyalah sumbangan biasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai agihan sumbangan beg sekolah Adun Jeram itu yang menggunakan gambarnya pada beg terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!