PKM: GPMS Kedah buat laporan polis

Asril bersama ahli jawatankuasa GPMS Kedah membuat laporan polis di IPD Kota Setar hari ini.
Asril bersama ahli jawatankuasa GPMS Kedah membuat laporan polis di IPD Kota Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) Kedah membuat laporan polis berkaitan isu mengadakan hari memperingati ulang tahun Perjanjian Damai Hadyai ke-30.

Pengerusi GPMS Kedah, Asril Ariff Abd Malik berkata, pihaknya membantah tindakan dilakukan Parti Komunis Malaya (PKM) kerana Malaysia mengharamkan fahaman komunis sejak 23 Julai 1948.

"Jadi, abu mendiang Chin Peng tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke negara kita.

"Jadi, kami selaku rakyat Malaysia mengambil tindakan itu demi keamanan dan kemakmuran untuk menjaga keharmonian negara memandangkan negara kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan," katanya.

Terdahulu, laporan polis dibuat bersama Ketua Penerangan GMPS Kedah, Muhammad Asyraf Sahari dan Setiausaha GPMS Kedah,Nur Fazlin Abu Suaib Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!