Dia ugut gambar ‘selfie’ saya!

Gambar swafoto milik mangsa yang disunting sebagai individu 'blacklist'
Gambar swafoto milik mangsa yang disunting sebagai individu 'blacklist'
A
A
A
Ahli sindiket pinjaman tak wujud ini bukan sahaja berani menyamar sebagai wakil syarikat pinjaman kewangan, bahkan berani mengugut untuk menularkan gambar 'selfie' mangsa di media sosial.

Bagaimanapun, ugutan berkenaan tidak lagi memberi rasa takut buat mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Hasan, 30, yang nekad tidak lagi mengikut arahan ahli sindiket berkenaan untuk memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

Menurut cerita Hasan, beliau berhadapan dengan masalah kewangan apabila kontrak pekerjaannya ditamatkan selepas PRU14 lalu dan dia nekad untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000 daripada satu agensi pinjaman wang.

Sudahlah hilang pekerjaan, duit gaji yang sepatutnya dapat menampung kos sara hidup keluarga pun lesap akibat terpedaya dengan sindiket tersebut yang kononnya ejen kepada sebuah bank terkemuka.

"Saya rugi sebulan gaji kerana mengikut apa diarahkan oleh penawar pinjaman bagi tujuan kelulusan pinjaman kewangan. Saya nekad ingin membatalkan permohonan setelah memasukkan wang sebanyak RM2,167 untuk beberapa transaksi.
Artikel Berkaitan:


"Untuk tujuan pembatalan juga saya diarahkan membayar RM1,000, namun saya tidak lagi ingin memasukkan wang ke dalam akaun diberikan," katanya kepada Wartawan Sinar Siasat.

Hasan yang berasal dari Banting berkata, akibat tidak mahu membayar wang batal permohonan, ahli sindiket mengugut untuk menularkan gambar 'selfie' dirinya yang disunting di bahagian atasnya dengan perkataan 'blacklist'.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat laporan polis, namun bertindak berkongsikan cerita dan kronologi bagaimana dia ditipu agar tidak ada lagi individu menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!