Beregu negara janji bangkit

No Image Caption
A
A
A

KEKALAHAN kepada Indonesia pada final acara berpasukan lelaki, bukanlah perkara mudah untuk dihadapi pemain beregu negara Teo Ee Yi dan gandingannya Ong Yew Sin.

Menyifatkan situasi itu amat perit, Ee Yi menegaskan beliau dan rakan sepasukannya akan bangkit lebih garang dalam acara beregu lelaki, yang dijadualkan bermula 6 Disember ini.

"Sedih, kecewa tetapi apa pun acara beregu nanti kami kena bangkit dan fokus. Kita sebagai pemain pasti berhadapan situasi macam ini," katanya.

Sementara itu, walaupun terlepas peluang terbaik untuk meraih pingat emas pertama badminton, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann tetap optimis skuad negara mampu menepati sasaran satu emas ditetapkan.

"Kalau di atas kertas, memang beregu lelaki ada peluang sumbang emas. Tetapi bila dah masuk gelanggang nanti, macam-macam boleh berlaku.

"Seperti kita lihat di sini beberapa pemain hebat pun susah nak menyesuaikan diri, jadi apa pun mereka kena kuat dan percaya pada diri sendiri," katanya.

Malaysia tewas 1-3 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir yang berlangsung Kompleks Sukan Muntinlupa, di sini, hari ini.

Ia sekali gus menyaksikan skuad negara kempunan untuk menamatkan kemarau pingat emas selama 14 tahun selepas kali terakhir memenanginya ketika edisi 2005 di Manila. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!