Lintah hisap darah ketika main banjir

Nur Adriana Bee ketika menerima rawatan di HRPZ II dan kini sudah dibenarkan pulang. - Foto: Ihsan keluarga
Nur Adriana Bee ketika menerima rawatan di HRPZ II dan kini sudah dibenarkan pulang. - Foto: Ihsan keluarga
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak perempuan perempuan mengalami pendarahan luar biasa dipercayai selepas lintah menghisap darahnya ketika bermain banjir di kawasan rumahnya di Kampung Gual Sitok semalam.

Kejadian yang menimpa Nur Adriana Bee Zulkarnain itu disedari ibunya Siti Hariaty Bee Ismail, 36, selepas terkejut melihat darah di seluar anaknya.

Siti Hariaty Bee berkata, dia terus memeriksa seluar anaknya dan terkejut melihat ketulan darah beku keluar dari kawasan punggung serta kemaluan.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya terus menghubungi anggota pasukan penyelamat untuk memohon bantuan berikutan kawasan rumah ditenggelami banjir,” katanya.

Menurutnya, Nur Adriana Bee kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, doktor telah memberikan ubat bius dan melakukan pemeriksaan lanjut ke atas Nur Adriana Bee.

“Doktor mengesahkan hanya terdapat kesan gigitan di bahagian dalam punggungnya dan Nur Adriana Bee dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi,” katanya.

Siti Hariaty Bee berkata, anaknya kini masih lemah selepas kehilangan darah yang agak banyak

Artikel Berkaitan:

Katanya, bukan itu sahaja anak kedua daripada tiga beradik masih lagi trauma setiap kali melihat air banjir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!