Sukan Olimpik: Seoul rancang hantar makanan tempatan ke Jepun

Korea Selatan bakal menghantar makanan tempatan buat atlet yang bertanding di Sukan Olimpik di Tokyo - Foto: AFP
Korea Selatan bakal menghantar makanan tempatan buat atlet yang bertanding di Sukan Olimpik di Tokyo - Foto: AFP
A
A
A

SEOUL - Jawatankuasa Olimpik Korea Selatan merancang untuk membeli pengesan radiasi dan menghantar bahan tempatan ke Jepun untuk atletnya berikutan kebimbangan makanan tempatan mungkin tercemar oleh bencana nuklear Fukushima 2011.

Bagi melaksanakan rancangan itu, Jawatankuasa Sukan & Olimpik Korea (KSOC) akan menghantar pes lada merah yang merupakan bahan utama dalam masakan Korea dan makanan lain, memeriksa radiasi dalam daging serta sayuran yang hanya boleh diperoleh secara tempatan kerana peraturan kuarantin yang ketat.

"Banyak bahan dan makanan akan dihantar terutamanya makanan dalam tin. Untuk sukan Olimpik ini, makanan adalah fokus utama kami. Jadi mereka boleh menyediakan makanan yang selamat untuk atlet sekali gus menghentikan kebimbangan radiasi.

"Makanan memainkan peranan tambahan untuk membantu meningkatkan semangat atlet," jelas anggota jawatankuasa sukan, Shin Dong-keun.

Selain itu, KSOC turut merancang mengatur restoran Korea tempatan bagi menyediakan makanan untuk pemain besbol dan sofbol yang bertanding Fukushima memandangkan penghantaran makanan tengah hari tidak boleh dilaksanakan.

Jepun bagaimanapun telah menunjukkan data yang membuktikan negaranya selamat daripada radiasi Fukushima dan banyak negara telah menarik balik sekatan makanan. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!