Lelaki bakar isteri kerana gagal hamil

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KAHERAH - Seorang lelaki di Mesir tergamak membakar isterinya hidup-hidup kerana mangsa tidak hamil selepas mereka mendirikan rumah tangga selama tiga tahun.

Akhbar al-Wafd melaporkan, individu dikenali sebagai Mohamed itu mengikat isterinya, Aya sebelum menyimbah bahan mudah terbakar pada tubuhnya.

Dia kemudiannya meninggalkan mangsa di rumah mereka di daerah Rod El Farag di Kaherah dan ke kediaman ibu bapanya di bangunan sama tanpa rasa bersalah.

Jiran mereka bertindak menghubungi polis dan ambulans.

Sejurus mereka tiba, 70 peratus tubuh wanita itu sudah melecur teruk dan disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut saksi, Mohamed dan ibunya sering mendera mangsa kerana mendakwanya mandul.

Susulan kejadian itu, dia telah ditahan dan dirujuk kepada Pendakwaan Awam.

Di Mesir, 1.5 juta wanita menjadi mangsa penderaan domestik pada setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Data PBB menunjukkan 26 peratus wanita berusia 15 hingga 49 tahun pernah melaporkan tentang keganasan rumah tangga walaupun angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!