Permaisuri Agong turut berduka pemergian Nassier Wahab
HARI ini peminat penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab berduka setelah menerima berita kematian penyanyi kesayangan mereka.
Tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsi kesedihan di Twitter peribadinya.
Baginda menzahirkan takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham yang meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.
Berita tersebut juga mendapat perhatian peminat Nassier yang turut bersedih pemergiannya.
Menurut @Jack, "Salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin."
@AyieMusang berkata, "Innalillahiwainnalillahirojiun... Al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan dengan orang beriman. Amin ya'rabbal alaamiinnnn."
Kata @nurul, "Pemergian arwah suatu kehilangan besar kepada industri muzik."
Terdahulu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, 1 Jun lalu.
Beliau mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Nassier Wahab meninggal dunia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!