Setiausaha Sulit Anwar lapor polis terhadap Muhammad Yusoff Rawther

Shukri Saad (empat kanan) hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Shukri Saad (empat kanan) hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shukri Saad membuat laporan polis terhadap Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan, kononnya Anwar melakukan gangguan seksual ke atasnya.

Shukri berkata, dakwaan itu merupakan satu fitnah yang direka dan diulang-ulang.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, tadi.

Shukri berkata, pihaknya akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff.

"Kita akan kaji dan tengok tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Muhammed Yusoff," katanya.

Menurutnya, Anwar pun sudah memberi kenyataan berhubung perkara ini.

"Ia hanya satu benda remeh, kita nampak ada perancangan untuk menggagalkan proses peralihan kuasa yang sedang berlaku sekarang ini," katanya.

Semalam media melaporkan, Muhammed Yusoff dalam pengakuan bersumpahnya mendakwa kononnya ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji, teruk, tersembunyi, tidak Islamik, berbahaya dan tidak bermoral terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Ini muslihat jatuhkan imej saya!'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!