Pembunuhan Ketua NGO Jepun di Afghanistan dirancang: Saksi

Dr Tetsu Nakamura terbunuh dalam serangan hendap di Jalalabad kelmarin.
Dr Tetsu Nakamura terbunuh dalam serangan hendap di Jalalabad kelmarin.
A
A
A

KABUL - Serangan di timur Afghanistan yang membunuh ketua NGO Jepun termasuk lima yang lain kelmarin dipercayai dirancang, selepas saksi melihat empat lelaki bersenjata menyerang hendap kenderaan dinaiki mangsa.

Menurut saksi, kumpulan penyerang terbabit menaiki dua kenderaan berasingan dan menuju ke sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian di Jalalabad, wilayah Nangarhar.

Tambahnya, ketika kenderaan dinaiki Dr Tetsu Nakamura menghampiri restoran tersebut, penyerang melepaskan tembakan bertubi-tubi sehingga menyebabkan Ketua Perkhidmatan Perubatan Keamanan Jepun itu terbunuh.

"Saya mendengar jeritan daripada salah seorang penyerang yang bertanya adakah Nakamura masih hidup. Mereka melarikan diri apabila semua mangsa mati," katanya.

Berdasarkan kenyataan saksi terbabit, penyerang tahu laluan yang digunakan Nakamura.

Kumpulan Taliban menafikan bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit,

Doktor berusia 73 tahun dari Fukuoka itu dikatakan menuju ke Peshawar sejak 1984 untuk merawat penyakit kusta di Pakistan dan pelarian Afghanistan.

Nakamura pernah diberi penghormatan di atas tugas kemanusiaan dan diberikan kerakyatan Afghanistan.

Artikel Berkaitan:

Pada 2003, Nakamura memenangi Anugerah Ramon Magsaysay di Filipina atau digelar Hadiah Nobel Asia kerana tugas murninya itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!