Agong bangga pelantikan ramai hakim wanita

Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama selepas majlis Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan suratcara pelantikan kepada sembilan orang hakim, dengan lima orang daripadanya adalah hakim wanita.

Dalam istiadat berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rohana Yusof menerima suratcara pelantikan sebagai Presiden baharu Mahkamah Rayuan.

Tiga lagi hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail pula sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Sultan Abdullah berkenan mengurniakan suratcara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaleha Yusof pada majlis Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara hari ini.- Foto Bernama

Sementara itu, turut dilantik hari ini sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Nantha Balan a/l E.S. Moorthy yang kedua-duanya ialah hakim Mahkamah Tinggi.

Turut dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah dan Datuk Azmi Abdullah yang kedua-duanya ialah Pesuruhjaya Kehakiman.

Sultan Abdullah berkenan mengurniakan suratcara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah pada majlis Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat itu Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Artikel Berkaitan:

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan perasaan bangga Seri Paduka dengan pelantikan ramai hakim wanita yang mencerminkan usaha dan keprihatinan pentadbiran negara dalam mengetengahkan penglibatan golongan wanita dalam bidang kehakiman. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!