Pekan Nanas perlu lebih ramai anggota polis

Tung Siong mengadakan lawatan ke Balai Polis Pekan Nanas semalam.
Tung Siong mengadakan lawatan ke Balai Polis Pekan Nanas semalam.
A
A
A

PONTIAN - Kekuatan 23 anggota polis di Pekan Nanas masih belum mencukupi untuk menjaga keselamatan lebih 60,000 penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata, Pekan Nanas sebagai kawasan pinggir bandar yang sedang membangun memerlukan lebih ramai anggota polis bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik.

"Kita sudah mengajukan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menambah kekuatan anggota," katanya ketika membuat lawatan ke Balai Polis Pekan Nenas bagi membincangkan tentang isu keselamatan awam di sini semalam.

Tung Siong berkata, pihaknya turut berusaha membantu polis mengekang jenayah melalui pengedaran pelekat tertera nombor telefon penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Balai Polis Pekan Nanas dan beberapa agensi lain.

"Pelekat ini akan memudahkan penduduk sekiranya mempunyai kecemasan atau melaporkan kejadian jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!