Banjir di Kelantan semakin pulih

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan kepada 9,768 orang setakat jam 6 petang ini.

Portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan hanya dua jajahan masih terjejas iaitu di Pasir Mas dan Tumpat membabitkan 3,738 keluarga di 22 pusat pemindahan sementara (PPS).

Mangsa di Pasir Mas berkurangan kepada 6,694 orang melibatkan 2,660 keluarga masih berada di 15 PPS dan tidak dibenarkan pulang.

Mangsa banjir di Tumpat pula seramai 3,074 orang membabitkan 1,078 keluarga di tujuh PPS.

Sementara itu, hanya dua sungai yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada bacaan 9.98 meter (bahaya 9m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula 2.88m (bahaya 2.50m).

Tujuh sungai lain iaitu, Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Semerak di Pasir Puteh berada di paras normal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!