Lelaki penggal kepala, makan otak wanita ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MINDANAO - Seorang lelaki di wilayah Misamis Oriental, Filipina ditahan selepas didakwa memenggal kepala seorang wanita dan makan otaknya.

Ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga berkata, Lloyd Bagtong, 21, ialah suspek utama dalam pembunuhan seorang wanita tidak dikenali.

Mayat wanita separuh bogel itu ditemui kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta dalam keadaan tanpa kepala dan kedua-dua tangannya diikat.

Menurut laporan Daily Tribune, Bagtong melihat mangsa berhampiran sebuah tanah perkuburan dan memukul kepala wanita itu dengan objek logam sebelum memenggalnya menggunakan alat seperti sabit.

"Senjata tersebut ditemui terselit di pinggang suspek. Suspek juga makan otak mangsa bersama nasi yang dimasak. Dia kemudiannya membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya," kata Ramoga.

Ramoga memberitahu, Bagton mungkin mengalami masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya.

"Suspek berkata mangsa dibunuh kerana bercakap dalam bahasa Inggeris. Perkara itu mungkin menjengkelkannya," katanya.

Menurut saksi, sebelum kejadian mereka ada melihat suspek dan mangsa bersama.

Artikel Berkaitan:

Polis turut menemui kain dengan kesan darah di rumah Bagtong yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari tempat kejadian ke rumahnya.

Bagtong kini berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya.

Identiti mangsa juga sedang disiasat. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!