PAU 2019 lakar sejarah baharu

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas bersama pimpinan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas bersama pimpinan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya barisan kepimpinan Pas turut serta dalam program itu diketuai presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang memakai baju Melayu berwarna hijau muda mengiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 9.15 pagi.

Upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW turut bergema mengiringi ketibaan barisan kepimpinan Muafakat Nasional itu.

Abdul Hadi juga turut diberi penghormatan mengambil tempat di atas pentas bersama-sama barisan kepimpinan tertinggi BN.

Turut kelihatan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, S A Vigneswaran.

Upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

Perhimpunan Agung UMNO 2019 secara keseluruhannya melibatkan 5,603 perwakilan seluruh negara, termasuk 976 perwakilan Wanita, Pemuda (973) dan Puteri (960).

Artikel Berkaitan:

Perhimpunan tahun ini bertemakan ‘UMNO- Sebuah Perjuangan’, merupakan perhimpunan agung pertama selepas termeterainya Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas.

Ia merupakan tahun kedua UMNO sebagai pembangkang selepas UMNO dan BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!