DPIM sokong gesaan Asyraf Wajdi

Shahir (kiri) menyantuni Asyraf Wajdi ketika menghadiri perhimpunan di PWTC semalam.
Shahir (kiri) menyantuni Asyraf Wajdi ketika menghadiri perhimpunan di PWTC semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyokong gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung penyatuan melibatkan parti-parti pembangkang menerusi Muafakat Nasional demi melestarikan Malaysia acuan lama.

Ketuanya, Shahir Kadir berkata, seruan supaya Malaysia kembali kepada acuan asal dengan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dan mengembalikan kerajaan berintegriti tanpa ketirisan, rasuah dan tamak perlu didokong bersama.

Menurutnya, Malaysia Baharu pada hari ini dilihat bercelaru dengan persengketaan politik, lemah dasar-dasar ekonomi, tidak cakna perihal rakyat dan gagal mewujudkan keharmonian antara kaum.

"DPIM menyokong dan mendokong Muafakat Nasional yang menjadi harapan baharu kepada rakyat Malaysia," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam, Asyraf Wajdi menyebut kembali kepada acuan asal itu tidak bermakna menyokong rasuah, penyelewengan dan ketirisan.

Asyraf Wajdi juga pada perhimpunan tersebut turut menggesa agar kepimpinan tertinggi parti segera menginstitusikan Muafakat Nasional kerana itu adalah kaedah terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia.

Dalam pada itu, Shahir juga turut menghadiri perhimpunan itu berkata, Muafakat Nasional adalah terjemahan kepada perpaduan antara kaum yang menjadi teras kepada visi dan misi ikatan itu sendiri berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Kini Perlembagaan Persekutuan dilihat makin dicabar oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu merobek perpaduan antara kaum.

Artikel Berkaitan:

"Isu perkauman seperti pembelajaran jawi, kesenian khat dan promosi barangan buatan orang Islam telah dijadikan modal politik untuk memberikan persepsi negatif kepada Muafakat Nasional," katanya.

Katanya, rakyat kini mempunyai pilihan lebih baik untuk memilih gabungan pembangkang melalui Muafakat Nasional yang menjiwai denyut nadi orang Melayu, Cina, India dan seluruh kaum di Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!