[VIDEO] 'Buaian bergerak sendiri di taman permainan'
SENTUL - Penularan rakaman video penampakan dua buaian bergerak sendiri di sebuah taman permainan kanak-kanak pada jam 3 pagi menjadi perbualan hangat netizen.
Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik di Twitter @Nazyzz menunjukkan buaian itu bergerak sendiri meskipun tiada angin.
Jika dilihat dengan lebih teliti memang tidak ada kelibat manusia lain yang berada di taman permainan itu untuk membuatkan buaian itu berayun.
Rakaman tersebut dipercayai diambil dari bangunan tinggi sebelum si perakam menjenguk ke bawah mendapati buaian itu bergerak sendiri.
"Buaian tu memang selalu bergerak sendiri walaupun tiada angin, bayangkanlah buaian tu boleh gerak sendiri jam 2, 3 pagi? Kalau ada angin pun tak logik buaian itu gerak sendiri.
"Kawasan rumah ini ada jugak orang pernah nampak dekat tingkat berapa tak ingat tapi nampak budak kecil main lari-lari dan mak dia jalan cari anak dia, setakat ni saya tak pernah nampak dan kalau boleh memang tak nak jumpa," katanya sebelum tular di laman sosial.
Menurutnya lagi, rumahnya sering 'diganggu' benda (makhluk halus) terutama ketika awal pagi.
"Saya tersedar pada jam 2 atau 3 pagi, ada bunyi orang main 'water heater' rumah.
"Tapi yang saya selalu kena, 'dia' main pintu, 'dia' suka betul main pintu ketika orang tiada dan saya tinggal seorang di rumah.
"Selalu dengar bunyi tutup pintu je walaupun tiada orang, yang paling seram sekali bila rasa macam ada orang ikut." ciapnya.
Ekoran tularnya video ini di laman Twitter, ramai netizen tampil memberikan penjelasan dan membuat andaian masing-masing.
Ada juga yang menyatakan bahawa buaian tersebut bergerak disebabkan oleh angin lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Bagaimanapun, netizen mempertikaikan buaian yang berayun sendiri itu tidak bergerak secara serentak dan kelajuannya juga berbeza, ada laju dan ada yang perlahan.
Lebih menyeramkan apabila terdapat beberapa netizen yang mendakwa bahawa diri mereka boleh melihat makhluk ghaib dan entiti yang menggerakkan buaian tersebut sebenarnya terdiri daripada seorang kanak-kanak dan wanita.
Kata @farahanna07, "Biasalah tu, memang ada je yang duduk main buai tu. Yang penting jangan ada rasa takut je sebab benda-benda ni boleh dapat tahu siapa yang takut dengan dia. Cakap berdasarkan pengalaman sendiri je ni sebab dah biasa nampak benda-benda gitu."
Hantaran posting itu mendapat lebih 143,000 tontonan dan 6,200 ciapan dan 7,800 tanda suka dari netizen.
Masalahnya bukan sekali awak main buaian tu tapi banyak kali pukul 3 pun awak main pic.twitter.com/3hWEGUdvIH
— twinkle (@Nazyzz) December 4, 2019
Kata angin kan? Tengok tu mana ada gerak pic.twitter.com/DhNYyNkeLV
— twinkle (@Nazyzz) December 6, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!