Sekretariat tetap bentuk institusi Muafakat Nasional

Ahmad Zahid ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, Kuala Lumpur. - FOTO ZAHID IZZANI
Ahmad Zahid ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, Kuala Lumpur. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penubuhan sekretariat tetap Muafakat Nasional bakal menjadi permulaan positif kepada pembentukan institusi muafakat UMNO dan Pas secara rasmi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua parti itu telah bersetuju mewujudkan sekretariat tetap di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, sekretariat itu akan dikendalikan bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Setiausaha Agung (UMNO dan Pas) akan ada sekretariat tetap di PWTC (di Menara Dato Onn).

"Itu (penubuhan sekretariat tetap) adalah permulaan untuk ke arah memformalkan Muafakat Nasional," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di PWTC di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penubuhan sekretariat itu bertujuan melaksanakan keputusan-keputusan jawatankuasa pembantu dan jawatankuasa teknikal muafakat itu.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa supaya kepimpinan tertinggi UMNO segera menginstitusikan Muafakat Nasional.

Katanya, sudah tiba masa UMNO bergerak dari era Perikatan selama 21 tahun kepada era BN selama hampir 46 tahun dan kini berhijrah kepada Muafakat Nasional.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!