[VIDEO] #chairchallenge kegilaan baharu netizen
AKSI ‘chair challenge‘ atau cabaran mengangkat kerusi dalam keadaan membongkok dengan kepala dirapatkan ke dinding kini menjadi kegilaan baharu netizen.
Apa yang menariknya, netizen mengatakan hanya wanita yang mampu untuk mengangkat kerusi itu jika dibandingkan dengan lelaki.
Menerusi klip video yang tular di laman sosial memaparkan, peserta perlu berdiri dengan jarak dua kaki dari dinding kemudian tunduk seperti membongkok manakala kepala dirapatkan ke dinding sebelum mengangkat kerusi sambil menegakkan badan.
Contoh video @Spencer_Auto_AZ, menunjukkan wanita berjaya melakukan cabaran itu namun tidak bagi lelaki.
Bagaimanapun di laman sosial, masih ada lelaki berjaya melaksanakan cabaran tersebut sekali gus menolak dakwaan hanya wanita sahaja.
Memetik laporan Daily Mail, Profesor Brian Ford daripada Universiti Cambridge berkata, antara faktor tidak ramai lelaki berjaya melakukan cabaran itu kerana saiz tapak kaki mereka lebih besar.
"Saiz tapak kaki lelaki yang lebih besar antara kesukaran untuk mereka mengangkat kerusi dalam keaadan membongkok.
"Menurut seorang sainstis, Jeremy Johnson, kebanyakan wanita mempunyai pusat jisim yang lebih rendah ke pinggul berbanding lelaki.
"Ketika wanita membongkok, pusat jisim mereka adalah di atas kaki mereka namun pusat jisim lelaki pula diatas kerusi terbabit," katanya.
***Warning Funny Video*** Have you heard of the
— Spencer Auto AZ (@Spencer_Auto_AZ) December 3, 2019
Chair Challenge all over Instagram? Brittney Spencer challenging your FAVORITE customer experience manager Will H. to the #chairchallenge#chairchallenge2019.
If you have not heard only women can do it!!! Tag a friend pic.twitter.com/KN0ac6jRUZ
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!