Sri Lanka ranking keenam negara paling tidak selamat
COLOMBO - Sri Lanka menduduki ranking keenam negara paling tidak selamat dalam Indeks Risiko Iklim Global 2020, turun empat kedudukan berbanding tempat kedua tahun lepas, lapor agensi berita Xinhua.
Kedudukan itu berdasarkan laporan dikeluarkan Germanwatch, sebuah kumpulan pemikir pembangunan.
Jepun, Filipina dan Jerman masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dengan jumlah kematian akibat bencana disebabkan perubahan iklim di Jepun seramai 1,282, Filipina (455) dan Jerman (1,246).
Jumlah kematian di Sri Lanka seramai 38 orang, dengan nilai kerugian sebanyak AS$3.62672 bilion untuk kuasa beli serta 1.24 peratus kerugian per unit dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak 2018.
Sri Lanka dilanda hujan lebat dan kemarau yang teruk pada 2018, menyaksikan lebih 170,000 orang terjejas dan hampir 6,000 penduduk terpaksa berpindah.
Pada 2019 dan 2020 Sri Lanka diramal akan terus mengalami cuaca yang tidak menentu dengan Pusat Pengurusan Bencana tempatan menyatakan ribuan orang dan lebih 20 daerah terjejas. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!