UMNO pinda perlembagaan parti, letak Islam di depan

Dewan Merdeka dipenuhi oleh ahli dan perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC,Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Dewan Merdeka dipenuhi oleh ahli dan perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC,Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usul khas Pindaan Perlembagaan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019 telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan dalam persidangan semalam.

Difahamkan 13 usul bagi meminda perlembagaan parti itu telah dikemukakan.

Usul telah dicadangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan disokong oleh Noran Zamini Jamaluddin perwakilan dari Bahagian Pokok Sena, Kedah.

Antara pindaan dibuat membabitkan fasal 3 perlembagaan itu dengan meletakkan agama Islam di hadapan bagi asas dan tujuan dalam perjuangan parti Melayu berusia 73 tahun itu.

Pindaan itu selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan bagi negara ini.

Sebelum ini Fasal 3 Perlembagaan UMNO berkenaan asas dan tujuan menggariskan 'UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara'.

Berikut merupakan antara usul pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan:

- UMNO meletakkan Islam (agama) di hadapan kemudiannya disusuli dengan bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan:

- Had usia ahli UMNO diturunkan kepada 16 tahun. (Fasal 4.2 ahli biasa UMNO ialah warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas)

- Kedudukan jawatan ketua wanita UMNO setaraf dengan timbalan presiden parti.

- Mana-mana individu yang ingin menjadi ahli bersekutu UMNO boleh memohon secara terus dalam talian. (fasal 5.2 perlembagaan UMNO, permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!