MP UMNO boleh bungkus kalau abai isu warga asing dapat IC biru
KUALA LUMPUR - Sejumlah 95 peratus warga China dan India yang masuk ke Malaysia didakwa tiada rekod keluar dari negara ini.
Perkara itu didakwa Perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar ketika membahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Berikutan itu beliau menggesa agar ahli-ahli Parlimen UMNO membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana disifatkan mempunyai kaitan dengan strategi untuk mewujudkan pengundi hantu.
"Sebanyak 95 peratus orang Cina dan India yang masuk ke Malaysia tak ada rekod keluar balik.
"Baru-baru ini isu dapat kad pengenalan biru. Saya suruh kawan semak ada warga China dapat kad pengenalan biru rupanya dah daftar mengundi di Selangor.. tiba-tiba pagi tadi saya semak balik nama dia dah hilang dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kalau ramai dah dapat kad pengenalan biru kalau letak dalam Parlimen kita..bungkus habis semua ahli-ahli Parlimen kita. Jadi jangan anggap benda ni tak serius. Jangan dulu bangkit isu ni lepas tu kita diam. Saya minta supaya bangkit benda ni kita nak tahu apa dah jadi," katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor mendakwa isu tersebut adalah strategi DAP yang mahu menguasai pemerintahan negara.
"Kalau dari segi strategi, DAP jauh lebih baik daripada kita. Sekarang apa mereka hanya perlukan adalah nombor. Kalau dia tak ada nombor sampai bila-bila dia (DAP) tak boleh perintah Malaysia. Jadi mungkin dia buat cara ini untuk dapatkan pengundi-pengundi hantu daripada negara-negara lain," katanya.
Omar juga mendakwa DAP sengaja menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyusahkan orang Melayu.
"Kerana dia tahu syarikat GLC ni tempat orang Melayu kerja..syarikat-syarikat inilah bantu keluarkan zakat untuk orang miskin, orang Melayu," katanya.
Dalam masa sama beliau turut mempersoalkan isu peruntukan sekolah-sekolah yang diberi sama rata dalam belanjawan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana disifatkan tidak adil disebabkan jumlah murid yang berbeza.
"Zaman BN dulu sekolah kebangsaan diberi bajet yang cukup tinggi berbanding sekolah jenis kebangsaan sebab murid lebih ramai," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!