Turki berjaya uji dron bersenjata buatan sendiri

Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandunya, Bayraktar Akinci (Raider) terapung di udara selama 16 minit setelah bergerak perlahan-lahan secara automatik dan berlepas.
Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandunya, Bayraktar Akinci (Raider) terapung di udara selama 16 minit setelah bergerak perlahan-lahan secara automatik dan berlepas.
A
A
A

ANKARA - Dron bersenjata buatan tempatan terkini Turki yang dilengkapi teknologi pintar telah berjaya diuji di barat laut negara itu, kata pengeluarnya yang berpangkalan di Istanbul semalam.

Baykar Makina berkata, Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandunya, Bayraktar Akinci (Raider) terapung di udara selama 16 minit setelah bergerak perlahan-lahan secara automatik dan berlepas, lapor agensi berita Turki.

Ia juga berjaya melaksanakan pendaratan pertamanya secara automatik di Corlu Airport Base Command di wilayah Tekirdag.

Ujian pertama enjin pesawat itu dilakukan pada September.

Sistem itu dijangka digunakan bagi tugasan ketenteraan yang strategik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!