Beberapa jalan ditutup sementara Ahad ini
SHAH ALAM - Beberapa jalan di sekitar Dataran Kemerdekaan di sini akan ditutup sementara bagi melancarkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, Ahad ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat termasuk Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.
Menurutnya, kesemua laluan itu ditutup antara jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.
“Sehubungan itu, kami gesa orang ramai tidak guna jalan dinyatakan pada tempoh tersebut untuk elak kesesakan lalu lintas dan sentiasa patuhi arahan dari semasa ke semasa
“Pihak MBSA juga mohon pengguna jalan raya memberi kerjasama dan guna jalan alternatif untuk ke destinasi dituju,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!