Russel Alexander gagal raih emas 200 meter

Russel Alexander Nasir Taib - Foto fail
Russel Alexander Nasir Taib - Foto fail
A
A
A

PENAMPILAN pertama pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib dalam acara 200 meter Sukan SEA Filipina 2019 gagal menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.

Beliau terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas gagal menyaingi kepantasan pelari dari Thailand, Khongprasit Chayut mencatat masa 20.71 saat di tempat pertama.

Russel mencatat 21.11 saat manakala rakan seperjuangannya, Johnathan Nyepa di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 21.41 saat.

Catatan atlet berdarah campuran Malaysia-Australia itu juga gagal memecahkan rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan iaitu 20.90 saat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!