Beruang polar masuk kampung cari makan
CHUKOTKA - Lebih 50 ekor beruang polar 'menawan' sebuah perkampungan di utara Rusia untuk mencari makanan.
Semua aktiviti awam di Ryrkaypiy, wilayah Chukotka terpaksa dibatalkan bagi memastikan keselamatan kira-kira 700 penduduknya.
Ahli pemuliharaan Tabung Hidupan Liar (WWF) berkata, habitat asal beruang polar itu di Cape Schmidt kira-kira 2.2 kilometer dari Ryrkaypiy mengalami cuaca panas menyebabkan ia terpaksa mencari makanan di kawasan kampung dan bukannya di laut.
"Sekiranya ais di habitat asal cukup kuat, beruang polar dapat turun ke laut dan memburu makanan," kata Mikhail Stishov dari WWF.
Pakar lain berkata, penduduk Ryrkaypiy harus dipindahkan susulan kekerapan beruang polar mendatangi kampung berkenaan.
Menurut ketua program peronda Ryrkaypiy, Ria Novosti, pihaknya mengesan 56 ekor beruang polar terdiri daripada beruang dewasa dan kecil di kawasan terbabit. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!