Tiga beranak tak lepas balik Indonesia

Pasangan suami isteri bersama anaknya ditahan ketika sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.
Pasangan suami isteri bersama anaknya ditahan ketika sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.
A
A
A

PONTIAN - Hasrat tiga beranak warga Indonesia pulang ke kampung halaman mereka dengan menaiki bot pancung tidak kesampaian apabila ditahan pihak berkuasa dekat Tanjung Piai di sini kira- kira jam 3 pagi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, lelaki berusia 26 tahun dan isterinya berusia 33 tahun bersama anak perempuan mereka berusia setahun ditahan ketika sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.

"Dua lelaki warga Indonesia berusia 51 dan 45 tahun yang berperanan sebagai tekong darat turut ditahan.

"Ketika serbuan dilakukan, dua motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Modenas Kriss turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman berkata, tangkapan dan rampasan dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

"PPM Wilayah Dua Johor akan terus membanteras kegiatan penyeludupan migran dan jenayah rentas sempadan terutamanya bagi kawasan panas yang dikenalpasti.

"Kerjasama dari masyarakat amat dialu-alukan di mana mereka boleh menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa terutama PPM Wilayah Dua Johor bagi bersama- bersama menangani jenayah yang berlaku" katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!