Kebakaran tapak pelupusan sampah dipadam sepenuhnya

Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Bakri Muar.
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Bakri Muar.
A
A
A

MUAR - Selepas empat hari, kebakaran tapak pelupusan sampah di Bakri Muar berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

Pegawai Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Jefri Jamal berkata, tapak sampah seluas 0.8 hektar di kawasan lereng bukit itu mula dikesan terbakar kira-kira jam 11.12 pagi Selasa lalu.

Menurutnya, seramai 16 anggota bomba terlibat dengan operasi pemadaman dan turut dibantu empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta enam kakitangan dari sebuah syarikat swasta.

"Operasi pemadaman menggunakan dua aliran, sumber air terbuka dari kawasan belakang bukit dan satu aliran pam angkut air dari pili bomba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Bakri Muar sejak Selasa lalu berjaya dipadamkan hari ini.
Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Bakri Muar sejak Selasa lalu berjaya dipadamkan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!