Rimau 7s dituntut lebih agresif berdepan Thailand, Filipina

Antara aksi menarik dipamerkan para pemain Rimau 7s ketika menentang Indonesia pada aksi Sukan SEA Filipina 2019 di padang Padang Clark Parade, hari ini. FOTO: TM Team Malaysia
Antara aksi menarik dipamerkan para pemain Rimau 7s ketika menentang Indonesia pada aksi Sukan SEA Filipina 2019 di padang Padang Clark Parade, hari ini. FOTO: TM Team Malaysia
A
A
A

PENGENDALI skuad ragbi tujuh sepasukan kebangsaan (Rimau 7s), Mohd Saizul Hafifi Md Noor mahu pemain-pemainnya mengekalkan momentum selepas meraih keputusan positif pada saingan Sukan SEA Filipina 2019 hari ini.

Menurutnya, beliau berpuas hati secara keseluruhan dengan prestasi yang dipamerkan pemain-pemain Rimau 7s pada tiga perlawanan penting hari ini.

"Alhamdulillah, pemain-pemain Rimau 7s tampil penuh berdisiplin dan mengikuti segala taktikal yang dirancang sebelum perlawanan.

"Jadi secara tidak langsung memudahkan para pemain menyaingi saingan lawan seperti Indonesia, Singapura dan Laos.

"Saya harap keputusan positif dilakar pada tiga perlawanan hari ini akan menjadi suntikan semangat mengharungi dua perlawanan menentang Thailand dan Filipina esok," katanya.

Antara aksi menarik dipamerkan para pemain Rimau 7s ketika menentang Indonesia pada aksi Sukan SEA Filipina 2019 di padang Padang Clark Parade, hari ini. FOTO: TM Team Malaysia
Antara aksi menarik dipamerkan para pemain Rimau 7s ketika menentang Indonesia pada aksi Sukan SEA Filipina 2019 di padang Padang Clark Parade, hari ini. FOTO: TM Team Malaysia

Skuad Rimau 7s negara memulakan kempen mempertahankan pingat emas pada temasya ke-30 kali ini dengan mengalahkan Indonesia 38-0, Singapura 26-12 dan Laos 68-0 di Padang Clark Parade.

Mengenai persiapan baki dua perlawanan esok, Mohd Saizul Hafifi berkata, Rimau 7s tiada pilihan kecuali mengatasi Thailand untuk meneruskan kemaraan ke pentas final.

Artikel Berkaitan:

"Kemenangan ke atas Thailand amat penting sebelum kita memberi tumpuan kepada aksi menentang Filipina selepas itu," katanya yang mengakui keadaan padang yang digunakan berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, skuad ragbi tujuh sebelah wanita negara, Panthera Ladies memulakan kempen langkah kiri apabila akur kehebatan tuan rumah setelah tunduk 5-31 sebelum bangkit dua aksi berikutnya dengan mengatasi Singapura 19-12 diikuti Laos 39-0.

Esok Panthera Ladies bakal menentang Thailand diikuti Indonesia bagi melengkapkan saingan liga sepusingan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!