'Dekati polis, tentera di kawasan masing-masing'

Fahmi ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-14 Tahun 2019 di MITC hari ini.
Fahmi ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-14 Tahun 2019 di MITC hari ini.
A
A
A

MELAKA - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama yang bergelar 'Yang Berhormat' diminta mendekati penjawat awam khususnya dalam kalangan polis dan tentera di kawasan masing-masing.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pendekatan tersebut dapat memastikan PKR sebagai sebuah parti yang mampu membela nasib dan kebajikan pasukan seragam berkenaan.

Beliau juga mengingatkan wakil rakyat tidak sesekali lupa bakti dan budi pengundi yang memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

"Bukan sahaja mendekati mereka tetapi kita kena menawan hati penjawat awam ini," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pada masa lepas ketika berdemonstrasi di jalanan, ahli parti sering melaungkan ucapan 'terima kasih abang polis' sebagai penghargaan kepada pihak terlibat yang berkhidmat memastikan kelancaran sepanjang demonstrasi berlangsung.

Dalam masa sama, beliau turut menyambut baik penangguhan sementara Rang Udang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.

Sementara itu, Fahmi turut berharap agar semua ahli kekal bersama PKR bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Apa yang paling penting tahun depan, insya-ALLAH, (Presiden PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kelapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!