Mengapa ada pemimpin PKR tak setuju Anwar sebagai PM ke-8?

Shamsul Iskandar Mohd Akin - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Shamsul Iskandar Mohd Akin - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin parti itu tidak bersetuju dengan perjanjian menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan.

Beliau dalam ucapan penggulungannya berkata, Anwar mempunyai semua kualiti diperlukan sebagai Perdana Menteri dan beliau seharusnya diberi peluang menerajui pentadbiran negara.

“Sikit lagi kita nak angkat tokoh ini untuk jadi Perdana Menteri, Amanah, DAP, Bersatu setuju (Anwar sebagai perdana menteri kelapan) tapi kenapa ada bilangan kita yang tidak setuju,” katanya disambut sorakan perwakilan di Kongres Nasional PKR di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama turut memahami sesetengah pemimpin dan ahli PKR tidak gembira, namun penting kepada parti itu untuk menghalang sebarang percubaan menggagalkan jalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya memohon maaf sekiranya terdapat beberapa orang yang mungkin tersinggung tetapi ini adalah kebenaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!