Selamba makan pisang harga hampir setengah juta

David Datuna selamba makan pisang tersebut di galeri seni Basel.
David Datuna selamba makan pisang tersebut di galeri seni Basel.
A
A
A

MIAMI - Sebiji pisang dilekatkan pada dinding di galeri seni Basel yang mencetuskan fenomena dalam karya seni itu akhirnya selamat dimakan oleh seorang artis.

Pisang berharga hampir AS$120,000 (RM500,000) itu adalah sebahagian karya seni artis Itali, Maurizio Cattelan bertajuk ‘Comedian’ dan dijual kepada seorang pengumpul Perancis.

Memetik Miami Herald, David Datuna memperkenalkan sebagai artis Amerika kelahiran Georgia di New York, dilihat berjalan ke arah pisang itu dengan selamba mengambil buah berkenaan.

Sambil mengupas pisang terbabit dan menggigit buah itu, David memberitahu keenakan pisang itu.

Beberapa penonton kedengaran tertawa sebelum pegawai galeri yang berang menariknya ke kawasan lain untuk disoal siasat.

Adegan itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Aksi beliau mencetuskan ketegangan dan menarik perhatian yang tidak dijangka. Namun maklum balas diterima amat hebat. Ia membuatkan penonton terhibur,” kata pengarah muzium seni itu, Lucien Terras.

Menurut laporan akhbar tempatan, nilai sebenar karya itu terletak pada keunikan dan keaslian idea dan pisang berkenaan digantikan dengan yang baharu.

Artikel Berkaitan:

Hasil seni itu mengetengahkan pandangan Lucille Bluth mengenai bagaimana golongan kaya tidak tahu mengenai harga sebiji pisang.

Bukan itu sahaja, pihak galeri berkata, artis yang menghasilkan karya itu membawa pisang dan menggantungkan pada dinding bilik hotel untuk sumber inspirasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!