[VIDEO] 'Anda di luar sana, hati-hati ya...'

Paparan detik cemas lelaki sebelum diserang.
Paparan detik cemas lelaki sebelum diserang.
A
A
A

"SEMALAM abang saya kena serang waktu nak tutup pagar. Dah lewat malam tak sangka benda nak jadi. Peringatan kepada anda semua di luar sana agar lebih berhati-hati," itu status dimuat naik oleh Sanii_ sebelum thereportermy berkongsi klip video di Instagramnya.

Apa yang menyeramkan, video bertarikh 7 Disember sekitar jam 4.54 pagi pada awalnya, memaparkan seorang lelaki keluar dari dalam rumah untuk mengunci pagar dan suasana dilihat sangat gelap.

Dia juga kelihatan berhati-hati ketika mengunci pagar seolah-olah memandang pada satu sudut membuatkan netizen tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Namun selepas 10 minit berlalu, suasana seram pada awalnya bertukar menjadi lucu apabila tiba-tiba seekor angsa mengejar dan menyerang lelaki itu hingga tersungkur di atas tanah.

Angsa itu dilihat menyudu mangsa apabila berasa terancam dan diganggu.

Rakaman video menunjukkan lelaki itu cuba membalas balik namun membatalkan hajatnya mungkin kerana bimbang diserang sekali lagi.

Rata-rata netizen menyangkakan nyawa lelaki itu terancam atau insiden lebih menggerunkan menimpanya tetapi apa yang berlaku membuatkan netizen terhibur dan geli hati.

"Saya dan sedia untuk tutup mata ingat ada benda menakutkan ke apa tadi sekali..." tulis @aziemaha.

Artikel Berkaitan:

Kata @spry, "Haha... Punya la tunggu lama ingatkan ada perompak atau hantu, buat suspen saja."

@qurratu_qaidah berkata, "Mati-mati ingat kena samun..."

Dalam pada itu, sehingga kini posting itu mencecah lebih 46,123 tontonan dari netizen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!