Polis teliti rakaman trafik tendang remaja

Rakaman dan gambar yang tular di media sosial serta whatapps berhubung tindakan anggota polis berkenaan.
Rakaman dan gambar yang tular di media sosial serta whatapps berhubung tindakan anggota polis berkenaan.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan meneliti rakaman anggota trafik yang menendang seorang remaja hingga tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kes dipercayai melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun yang dikatakan berlaku di Jalan Kampung Sireh, di sini, pada jam 3 petang semalam.

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang didapati terlibat dengan kesalahan tatatertib hingga mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Maklumat awal yang diperolehi mendapati ketika kejadian itu empat anggota trafik melakukan rondaan sebelum terserempak dengan remaja berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Remaja itu didakwa tidak berhenti apabila diarah dan kemudian berlaku pergelutan sebelum ditahan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu dikatakan menunggang tanpa lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh,” katanya kepada pemberita.

Rakaman sepanjang 25 saat terbabit memaparkan perlakuan anggota trafik beruniform beberapa kali bertindak menendang seorang remaja sambil memarahi mangsa.

Rakaman turut disertai dengan gambar dimuat naik di laman facebook dan turut dikongsi melalui aplikasi Whatsapp.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini polis masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian itu, bagaimanapun siasatan dalaman akan dijalankan dan mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib.

"Setakat ini maklumat yang diperolehi cuma sedikit dan siasatan selanjutnya akan dilakukan.

“Kami sukar mengenalpasti anggota yang terlibat berikutan imej video yang ditularkan itu kurang jelas,” katanya.

No Image Caption
Play Icon

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!