iGuru desak kaji keberkesanan sistem pendidikan vernakular

Mohd Azizee
Mohd Azizee
A
A
A

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak berautoriti perlu mengkaji semula keberkesanan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan satu bentuk pendidikan yang mampu membina warganegara melalui satu pendidikan yang seragam.

“Isu nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin di sebuah sekolah di Seremban yang tular baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Semua pihak sepatutnya mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968 demi menghormati dan mendaulatkan salah satu simbol negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, iGuru memandang serius isu itu dan sebarang tindakan yang melampau serta bertentangan dengan apa yang termaktub dalam akta berkenaan perlu diambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, pihak KPM perlu memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana sekolah yang mempersenda dan melakukan tindakan yang boleh menunjukkan rasa tidak hormat kepada negara.

“Walaupun pihak KPM menyatakan tujuan sekolah itu menyanyikan lagu terbabit dalam bahasan Mandarin untuk beri kefahaman namun hal sedemikian tidak boleh dipandang remeh.

“Ia seolah memberi gambaran yang sekolah vernakular gagal menerapkan nilai-nilai patriotisme dan semangat cintakan negara di peringkat bangku sekolah lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!