MPK kunci premis gagal jelas tunggakan sewa

Tindakan mengunci premis langkah terakhir terpaksa diambil pihak MPK ekoran kedegilan penyewa menjelaskan tunggakan sewa walaupun notis amaran dan notis mengosong premis telah dikeluarkan. Gambar kanan: Penyewa diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikan tunggakan sewa selepas notis mengosongkan premis dikeluarkan.
Tindakan mengunci premis langkah terakhir terpaksa diambil pihak MPK ekoran kedegilan penyewa menjelaskan tunggakan sewa walaupun notis amaran dan notis mengosong premis telah dikeluarkan. Gambar kanan: Penyewa diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikan tunggakan sewa selepas notis mengosongkan premis dikeluarkan.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertindak mengunci premis dan ruang niaga miliknya, minggu lepas ekoran kedegilan beberapa penyewa menjelaskan tunggakan sewa walaupun notis amaran dan notis mengosongkan premis telah dikeluarkan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, jumlah keseluruhan tunggakan bernilai lebih RM200,000 gagal dijelaskan dalam tempoh yang lama.

Menurutnya, MPK sebelum itu mengeluarkan sebanyak 103 notis amaran pertama dalam tempoh 14 hari membabitkan premis di sekitar bandar ini, sebelum mengeluarkan notis mengosongkan bangunan pada pertengahan November lalu.

"Penyewa diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikan tunggakan sewa selepas notis mengosongkan premis dikeluarkan.

"Bagaimanapun, masih ada yang ingkar dan gagal menjelaskan tunggakan hutang selepas menerima kedua-dua notis berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu Norkamawati berkata, pihaknya terpaksa menjalankan operasi mengunci premis disewa peniaga atau penyewa yang gagal membayar tunggakan sewa melebihi tempoh dua bulan.

"Pihak MPK akan menamatkan perjanjian sewa premis serta-merta jika penyewa masih gagal membuat pembayaran segera," katanya.

Beliau berkata, bagi penyewa yang berjaya melangsaikan hutang tertunggak, MPK akan membuka peluang kepada mereka untuk terus menyewa premis berkenaan sekiranya masih berminat menjalankan perniagaan di situ.

Artikel Berkaitan:

"Selain tidak menjelaskan tunggakan sewa, terdapat tiga premis dikunci disebabkan penyewa telah menyewakan premis kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dan tidak menjalankan perniagaan dalam tempoh yang lama.

"MPK memberi peluang dengan menyediakan premis perniagaan kepada peniaga yang benar-benar serius untuk berniaga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!