Peniaga disamun dua lelaki bersenjata

No Image Caption
A
A
A

RAWANG - Pemilik kedai runcit di Jalan Desa Kundang di sini kerugian RM2,600 hasil perniagaannya selepas disamun dua lelaki bersenjata sepucuk pistol, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pengadu menghubungi Balai Polis Kundang memaklumkan kejadian jam 4.50 petang.

Menurutnya, suspek yang memakai penutup muka turut melepaskan tembakan ke arah lantai kedai dan merampas wang yang disimpan di kaunter.

No Image Caption

"Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Myvi biru yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Suspek masih diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat ) 1971," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!