Mohamad beri penerangan Kertas Putih

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara hari ini diberi penerangan mengenai Kertas Putih Pertahanan (KPP) oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-2 Majlis Parlimen Ke-14 Dewan Negara hari ini.

Dalam sesi penerangan selepas sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, Mohamad berkata, KPP diterbitkan sebagai wadah baharu Dasar Pertahanan Negara bagi tempoh 2020 hingga 2030 demi mendukung hasrat kerajaan untuk menyemai tadbir urus yang baik melalui prinsip keterbukaan, ketelusan, inklusif dan progresif.

"Dokumen utama yang menjadi rujukan KPP ialah Dasar Keselamatan Negara selain dijajarkan seiring dengan dasar lain sedia ada seperti Kerangka Dasar Luar Malaysia Yang Baharu dan Wawasan Kemakmuran Bersama.

"KPP adalah satu dokumen mengenai hala tuju strategik dan perancangan pertahanan negara. Ia adalah dokumen terbuka yang dibangunkan bagi melibatkan rakyat dan pihak berkepentingan di dalam isu pertahanan negara," katanya.

KPP, yang menggariskan dua peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan peranan utama dan sekunder, dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!