130 peserta meriahkan Peraduan TS Hino Malaysia

Pemenang peraduan merakamkan gambar selepas upacara penyampaian hadiah. Gambar atas: Para peserta merakamkan gambar bersama sebelum bermulanya peraduan tersebut.
Pemenang peraduan merakamkan gambar selepas upacara penyampaian hadiah. Gambar atas: Para peserta merakamkan gambar bersama sebelum bermulanya peraduan tersebut.
A
A
A

PETALING JAYA - Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino Malaysia) sekali lagi menganjurkan Peraduan Total Support (TS) membabitkan 130 peserta daripada 36 syarikat pengedar yang sah.

Peraduan yang kini memasuki edisi keenam itu bertujuan memupuk kemahiran dan pengetahuan yang lebih tinggi di samping meningkatkan kemahiran perkhidmatan dan teknikal.

Menerusi peraduan itu, semua peserta perlu mempamerkan langkah terbaik memimpin organisasi dengan meningkatkan kemahiran mereka dalam tiga kategori utama iaitu jualan, perkhidmatan dan alat ganti serta teori dan praktikal.

Bagi kategori jualan, semua peserta akan dinilai berdasarkan kemahiran mereka mempromosi dan mengesyorkan produk terbaik yang bersesuaian dengan pelanggan.

Bagi kategori perkhidmatan pula, peserta akan dinilai berdasarkan kemahiran dan pengetahuan mereka mengenai aspek penyelenggaraan kenderaan, penyelesaian mekanikal serta kemahiran dalam bidang elektrik.

Pengarah Urusan Hino Malaysia, Atsushi Uchiyama berkata, kekuatan syarikat berkenaan kerana kerjasama erat bersama rakan pengedar di negara ini.

Beliau berkata, prestasi setiap peserta menerusi peraduan itu diharap dapat digunapakai dalam menjalankan tugas harian mereka selepas ini.

"Kita perlu menyediakan sokongan penuh kepada pelanggan dengan kerjasama dan semangat satu satu pasukan melalui jualan, perkhidmatan dan alat ganti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan dibawa untuk menyertai lawatan ke Hino Motors Limited Japan pada tahun hadapan manakala pemenang hadiah utama iaitu 3S akan membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM3,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!