JAS kenal pasti pencemaran di Sungai Anak Air Garam

Sungai Anak Air Garam
Sungai Anak Air Garam
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan sedang mengenal pasti punca sebenar pencemaran di Sungai Anak Air Garam di sini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan berkata, JAS telah menjalankan siasatan di beberapa lokasi antaranya Taman Desa Rasah dan Kampung Batu 3 sebaik menerima aduan pencemaran sungai tersebut pada jam 9.55 pagi ini.

Menurutnya, pencemaran terbabit berpunca daripada sisa dibuang ke dalam longkang awam di Taman Desa Rasah sebelum memasuki dan mencemari Sungai Anak Air Garam.

"Disebabkan itu, air sungai tersebut didapati menjadi hitam dan sedikit berbau.

"JAS telah mengambil sampel air sungai yang tercemar itu untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia.

"Siasatan akan diteruskan untuk mencari punca sebenar berlakunya pencemaran tersebut dan kerja-kerja pembersihan sungai akan dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara agensi yang turun ke lokasi ialah Badan Kawal Selia Air (BKSA), Syarikat Air Negeri Sembilan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

Pihak penguat kuasa sedang membuat pemeriksaan di kawasan terlibat.
Pihak penguat kuasa sedang membuat pemeriksaan di kawasan terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!