Yadim bertemu Dr Mahathir bincang hala tuju

Yadim hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di sini bagi membincangkan hala tuju Yadim. - Foto Facebook Yadim
Yadim hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di sini bagi membincangkan hala tuju Yadim. - Foto Facebook Yadim
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini bagi membincangkan hala tuju Yadim.

Pertemuan yang dihadiri 10 ahli lembaga itu diketuai Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Ab Aziz.

Menurut kenyataan Yadim yang dikeluarkan bersempena pertemuan itu, Nik Omar memberi gambaran kepada Dr Mahathir mengenai hala tuju latihan dan pengkaderan Yadim melalui inisiatif Daie Muda Yadim serta Rakan Siswa Yadim.

Usaha itu, menurut Nik Omar adalah ke arah melahirkan pendakwah yang mampu untuk menyampaikan ajaran Islam sebenar dan seterusnya menjadi model baik kepada dunia.

“Tumpuan akan diberikan terutamanya kepada pembangunan golongan muda yang akan menjadi penentu masa depan negara dengan melahirkan tekno daie yang mampu mengaplikasikan kelebihan teknologi dalam menyebarluaskan mesej Islam,” kata Nik Omar.

Menurut kenyataan Yadim itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan memberikan segala sokongan dan dukungan kepada Yadim untuk menggerakkan usaha dakwah melatih umat Islam di Malaysia supaya mampu membawa mesej Islam sebenar dengan akhlak terpuji. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!